Our Love Story
Pertama kali bertemu di kolej pada tahun 2016. Beberapa kali Haziq cuba mendekati, namun hanya bertepuk sebelah tangan. Afiqah ketika itu sudah ada yang punya dan akhirnya membawa haluan masing-masing.
Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan semula kali ini melalui Instagram. Dari perbualan yang sederhana, muncul keberanian yang baru. Pada Disember 2024, pertemuan pertama selepas bertahun lama menghidupkan kembali rasa yang pernah ada tetapi kali ini dengan niat dan keyakinan yang lebih matang. Bercerita tentang masa lalu, tentang kisah cinta yang pernah singgah tetapi tidak kekal, tentang luka dan pelajaran yang membentuk siapa mereka hari ini.
Pada Februari 2025, Haziq melamar Afiqah dan melangsungkan majlis pertunangan. Dengan izin-Nya, mereka disatukan pada 14 November 2025 sebagai permulaan kisah seumur hidup.
Setelah bertahun berpusing mencari arah, melalui hati yang patah dan cinta yang hanya sementara, akhirnya kembali ke pangkal yang sama.
Bukan kebetulan, tapi ketentuan.
Bukan sementara, tapi selamanya.